PROGRAM KECERGASAN SMK TUNKU PUTRA BERSAMA BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Tarikh : 31 Oktober 2013
Program ini telah berlangsung pada hari Khamis, 31 Oktober 2013 dan membabitkan penglibatan para pelajar yang aktif dalam sukan di sekolah. Program ini juga turut dijayakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dimana para pelajar diberi peluang untuk membuka akaun baru di BSN. Pelajar juga turut diberikan cenderahati daripada pihak BSN sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan.
Pelbagai aktiviti kecergasan telah dijalankan dengan dipimpin oleh wakil BSN serta beberapa orang atlet. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat melatih para pelajar untuk bersukan dengan teknik yang betul bagi persediaan untuk menyertai Kejohanan Balapan dan Padang SMKTP dan daerah Batu Pahat pada tahun 2014.

| SEBAHAGIAN PELAJAR BERSAMA CENDERAHATI YANG DIBERI OLEH PIHAK BSN |
No comments:
Post a Comment